Contact

Saturday, December 20, 2008

Sayang Kakak Episod Akhir

Pada 23 Oktober 2006, menandakan hari terakhir puasa. Pada malam raya 1 Syawal bersamaan malam 24 Oktober, Aisyah dan keluarga semuanya balik ke kampung. Suasana pada hari itu sungguh meriah. Ada orang yang sedang memasak lemang, ada orang yang sedang bermain mercun, dan ada orang yang sudah tidur. Di ruang tamu, terdapat ramai saudara-mara berkumpul. Mereka menonton televisyen rancangan Gitu-gitu Apek Raya di Astro Ria. Mereka bergelak ketawa bersama-sama. Aisyah, sedang membaca buku Mastika di tepi pintu. Dia duduk bertimpuh bersandarkan pintu yang dibuka pada malam raya itu. Tiba-tiba, Aiman pun mendekati kakaknya dan duduk bersila di hadapan kakaknya. Aiman memegang kedua-dua tangan kakaknya dengan menggunakan kedua-dua tangannya dan meletakkan tangan kakaknya ke atas lantai. Aisyah terkejut sekali apabila melihat adiknya yang sangat dekat dengannya.

“Aiman? Aiman kenapa?” tanya Aisyah sambil melepaskan tangannya daripada genggaman adiknya dan meletakkan buku Mastika yang dibacanya di tepi.

“Akak,” kata AIman sambil memegang kedua-dua bahu kakaknya dan memandang ke bawah dengan perasaan yang bersalah.

“Aiman nak minta maaf,” kata Aiman lagi. Dia pun berdiri separuh kaki dengan berlutut lalu memeluk Aisyah. Suasana yang gembira bertukar menjadi sunyi apabila semua orang di dalam rumah itu menumpukan perhatian terhadap Aiman dan Aisyah.

“Aiman, akak sudah lama maafkan Aiman,” kata Aisyah sambil mengusap-usap belakang badan Aiman.

“Aiman tahu apa yang akak buat. Disebabkan akak, Aiman sudah boleh berfikir mana yang baik atau yang buruk. Disebabkan akak, Aiman berkawan dengan orang baik-baik, disebabkan akak lagi, Aiman dah mula suka belajar,” terang Aiman yang masih tidak melepaskan pelukannya itu. Dia menagis teresak-esak. Segelintir orang di dalam rumah itu pun turut bersedih.

“Sudahlah tu Aiman. Akak pun nak minta maaf juga dengan Aiman. Disebabkan akak, Aiman putus dengan semua kawan karib Aiman,” balas kakaknya sambil mengusap kepala Aiman pula. Emaknya pun turut bersedih dan dia pun bangun dan pergi ke arah Aiman.

“Sudahlah tu Aiman. Eloklah kalau Aiman sudah sedar,” kata Faridah sambil mengusap belakang badan Aiman. Mereka pun berbaik semula.

“Akak. Aiman sayang kakak Aiman,” ucap Aiman sambil melepaskan pelukan dan memandang ke arah kakaknya.

“Ehm, akak pun sama,” kata Aisyah. Aiman pun keluar dari rumah. Semua orang pun tidak berkata apa-apa. Mereka pun menyambut hari lebaran dengan gembira.
TAMAT

Sayang Kakak Episod 5

Pada 23 Januari 2006, hari ulang tahun kelahiran Aiman dan Aisyah. Pada hari itu, Aisyah berada di asrama. Dia akan pulang pada 2 Februari. Pada 2 Februari 2006, Aisyah pulang dengan membawa hadiah untuk adiknya.

“Tuk tuk tuk,” bunyi pintu bilik Aiman diketuk. Aisyah mengetuk pintu bilik adik kembarnya yang dikunci.

“Aiman, akak ada bawakan hadiah untuk Aiman. Bukalah pintu,” kata Aisyah sambil mengetuk-ketuk pintu. Aisyah memegang kotak hadiah yang dibalut rapi dan segelas air Horlick untuk Aiman.

“Aiman, akak ada bawakan juga air kesukaan Aiman. Cepatlah keluar,” kata Aisyah lagi. Tidak lama kemudian, Aiman keluar dari dalam bilik dengan muka yang tidak puas hati. Wajah Aisyah tersenyum lebar apabila mendapati adiknya keluar dari bilik.

“Akak nak apa?” tanya Aiman sambil memeluk tubuh dan memandang kakaknya dengan muka yang marah.

“Ehm, akak bawakan hadiah untuk Aiman,” kata Aisyah sambil menghulurkan segelas air Horlick kepada adiknya dengan muka yang gembira. Tiba-tiba, Aiman pun menempis tangan kakaknya lalu gelas itu jatuh dan pecah. Air Horlick itu pun tumpah di atas lantai. Aisyah pun memandang bawah dan terkejut.

“Akak, nilai persahabatan tak boleh digantikan dengan sesuatu barang. Kalau akak ingat boleh berbaik dengan Aiman dengan berikan air kesukaan Aiman ni, akak silap,” marah Aiman sambil merenung tajam ke arah Aisyah. Aisyah sebenarnya bersedih tetapi dia menahan kesedihannya itu. Dia pun menghulurkan hadiah yang dipegang dengan tangan kiri untuk memberi Aiman.

“Habis, hadiah ni untuk siapa?” tanya Aisyah pula sambil menghulurkan hadiah dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Aiman dengan perasaan yang masih marah pun memegang kedua-dua bahu kakaknya dan menolak kakaknya sekuat hati sehingga jatuh.

“Pergilah,”kata Aiman sambil menolak Aisyah. Aisyah pun jatuh tersungkur di atas lantai dan badannya terkena serpihan gelas kaca air Horlick tadi. Mata Aisyah pun mula berair.

“Gom,” bunyi pintu bilik Aiman yang ditutup dengan kuat. Faridah terkejut lalu melihat apa yang terjadi.

“Ya Allah. Kenapa ni Aisyah? Bergaduh dengan Aiman lagi?” tanya Faridah sambil mengangkat anaknya yang terjatuh.

“Taklah, Aisyah tergelincir sewaktu Aisyah nak,” Faridah memotong percakapan Aisyah kerana dia tahu yang Aisyah menipu.

“Kaki Aisyah, berdarah. Terpijak kaca,” kata Faridah kerisauan. Dia pun bangun dan mengetuk pintu Aiman sekuat hati.

“Aiman. Buka pintu. Mak kata buka. Buka,” marah Faridah sambil mengetuk pintu dengan sekuat hatinya.

“Mak, tak apalah. Biarkan dia tu,” Aisyah pun bangun dan menyapu badannya daripada serpihan kaca dan duduk untuk mengutip kaca di hadapan bilik Aiman.

“Aiman!” Faridah masih menyuruh Aiman keluar dari biliknya. Aiman pun membuka pintu dan keluar dari bilik.

“Aiman, tengok apa yang Aiman dah buat. Sanggup Aiman tolak kakak Aiman sendiri,” marah Faridah sambil menunjukkan tangannya ke arah Aisyah yang sedang mengutip kaca.

“Biarlah. Siapa suruh dia balik rumah,” kata Aiman sambil berpeluk tubuh dan menjeling Aisyah. Aisyah berhenti mengutip serpihan kaca dan berdiri.

“Aiman! Sampai hati Aiman cakap macam tu kat akak. Aiman sedar tak, akak buat ini semua pun untuk masa depan Aiman juga tau!” kata Aisyah sambil mengalirkan air mata.

“Akak tu patut sedar dengan apa yang akak buat. Akak,” percakapan Aiman diberhentikan dengan tengkingan Aisyah.

“Apa! Akak yang membuatkan Aiman putus dengan semua kawan Aiman. Sudah lah tu Aiman,” tengking Aisyah lalu dia menyambung kerjanya. Faridah yang berada di tepi pintu pun merenung muka Aiman dengan tidak puas hati. Aiman pun keluar dari bilik lalu keluar dari rumah.
.......BERSAMBUNG

Sayang Kakak Episod 4

Pada setiap dua minggu, Aisyah akan pulang ke rumah. Ayahnya akan mengambilnya di asrama untuk pulang ke rumah. Pada dua minggu pertama, Aisyah pulang dengan gembira sekali.

“Assalamualaikum,” ucap Aisyah sebaik sahaja dia sampai di hadapan pintu rumah.

“Waalaikummusalam. Aisyah dah balik?” kata ibunya yang terkejut melihat kepulangan anak sulungnya itu. Aisyah melangkah masuk ke dalam rumah dengan membawa beg kecil. Ridwan pun masuk sekali. Aisyah pun mendekati ibunya yang sedang menonton televisyen untuk bersalaman. Kemudian, Aisyah pun ke bilik adiknya untuk bersalaman pula. Sebaik sahaja dia berada di hadapan pintu bilik adiknya, dia mengetuk pintu.

“Aiman. Cuba teka, siapa yang sudah balik?” tanya kakaknya sambil mengetuk pintu. Bilik Aiman senyap sahaja.

“Aiman. Aiman ada tak dalam bilik ni?” tanya Aisyah lagi. Dia pun memulas tombol pintu bilik Aiman dan mendapati bilik itu berkunci.

“Aiman. Aiman tak apa-apa ke kat dalam ni. Aiman!” kata Aisyah kerisauan. Faridah dan Ridwan pun melihat Aisyah.

“Mak, kenapa dengan Aiman?” tanya Aisyah sambil memulas-mulas tombol pintu dengan memandang ke arah ibunya. Jantung Aisyah mula berdebar.

“Aiman ada kat dalam bilik tu. Mungkin dia tidur. Dia kan selalu tidur dalam waktu macam ni,” terang ibunya.

“Dia kan tak pernah kunci pintu bilik sebelum ni,” jawab Aisyah.

“Entahlah. Tak apalah Aisyah. Nanti dia bangunlah tu,” kata ibunya. Kemudian dia sambung berbual bersama suaminya. Aisyah pun masuk ke dalam biliknya. Aiman sebenarnya masih marahkan kakaknya kerana kakaknya lah yang memisahkan hubungan karib antara Aiman dan semua kawan-kawannya. Selepas dia tahu yang kakaknya akan pulang, dia siap-siap akan mengunci pintu.

**************************************************************************

Pada malam itu, sewaktu makan malam bersama keluarga. Aisyah, Faridah dan Ridwan pun makan bersama.

“Aisyah, panggil Aiman makan sekali,” suruh Faridah sambil meletakkan nasi ke dalam pinggan suaminya. Aisyah pun bangun dan pergi ke bilik Aiman.

“Aiman, makan. Hari ini mak masak lauk kesukaan kita. Kakak yang tolong mak masak,” kata Aisyah sambil mengetuk pintu bilik Aiman.

“Mak. Kenapa dengan Aiman ni? Dari tadi tak keluar bilik. Tak kan dia tak bangun tidur lagi?” tanya Aisyah kepada ibunya. Ibunya pun pergi ke bilik Aiman dan mengetuk pintu.

“Aiman. Tak nak makan ke?” tanya Faridah sambil memulas-mulas tombol pintu. Aisyah yang berada di sebelah turut sama mengetuk pintu.

“Aiman tak akan makan dengan ‘orang itu’ mak,” jerit Aiman dari dalam bilik. Katukan pintu daripada Aisyah terhenti dan air mata Aisyah mula mengalir. Aisyah pun memandang ibunya. ‘Orang itu’ yang dimaksudkan oleh Aiman ialah Aisyah.

“Aiman. Apa yang Aiman cakap ni?” marah Faridah.

“Aisyah, Aisyah makan dahulu,” bisik Faridah lagi kepada Aisyah sambil mengusap belakang badan Aisyah. Aisyah yang sedang menyapu air matanya itu pun pergi ke meja makan dan duduk di situ.

“Mak nak. Nanti Aiman keluar,” kata Faridah lagi. Aiman tidak keluar-keluar sehinggalah mereka habis makan. Aisyah masih tidak berkata apa-apa sewaktu makan bersama keluarga.

Pada tengah malam itu, kira-kira pada pukul 11.30 malam, Aisyah sudah pun masuk tidur. Jadi, Aiman keluar dari bilik dan makan malam.
.......BERSAMBUNG

Sayang Kakak Episod 3

Pada 16 November 2005, keputusan UPSR diumumkan pada hari itu. Pada malam itu, suasana di dalam bilik Faridah sangat tenang. Faridah sedang melipat kain. Ridwan, sedang menonton televisyen rancangan Buletin Utama di ruang tamu. Tiba-tiba, masuk Aisyah ke dalam bilik ibunya. Aisyah masuk lalu duduk di sebelah Faridah.

“Mak, Aisyah ada suatu rancangan. Semua kawan Aiman sudah merancang untuk pergi ke Sekolah Beserah. Apa kata kalau kita suruh dia ke Sekolah Pelabuhan?” cadang Aisyah. Aisyah pun mengambil kain dan turut lipat bersama ibunya.

“Bagus juga cadangan Aisyah tu,” balas emaknya.

“Aiman tak nak,” kata Aiman. Dia melalui bilik ibunya untuk keluar rumah, tetapi dia terdengar kakak dan ibunya berbual tentangnya.

“Aik, Aiman. Apa Aiman buat kat sini?” tanya ibunya. Aisyah memandang ke bawah.

“Aiman nak sekolah sama dengan kawan-kawan Aiman,” kata Aiman. Dia pun melangkah masuk ke dalam bilik ibunya dan berdiri bersandarkan pintu.

“Alah, ini untuk masa depan Aiman juga,” kata Aisyah. Dia pun berdiri dan pergi berdiri di hadapan Aiman.

“Aiman, apa Aiman cakap ni?” sambung Aisyah lagi.

“Akak. Akak jangan nak pandai-pandai suruh Aiman masuk sekolah mana,” marah Aiman sambil memegang kedua-dua bahu kakaknya. Faridah masih menyambung melipat kain. Aisyah pun memegang kedua-dua tangan adiknya dari bahunya dan meletakkan ke bawah.

“Aiman. Dengarlah cakap akak. Ini,” perbualan kakaknya diberhentikan.

“Akak diam!” marah Aiman. Dia pun beredar dari bilik itu dan keluar rumah.

*********************************************************************************

Pada suatu pagi hari pendaftran, Aiman dipaksa oleh ayahnya untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pelabuhan. Aisyah sudah bersiap untuk ke Sekolah Berasrama Penuh kerana AIsyah mendapat keputusan UPSR yang baik. Sebelum dia meninggalkan keluarganya, dia bersalam dengan ibunya dan mencium pipi. Sebaik sahaja di hadapan Aiman, Aisyah menghulur tangan tetapi Aiman buat tidak tahu.

“Aiman benci kakak,” kata Aiman. Ridwan dan Faridah terkejut lebih-lebih lagi kakaknya, Aisyah.
.
“Kenapa?” tanya Aisyah sambil meletakkan begnya ke bawah.

“Sebab kakak, Aiman berpisah dengan semua kawan-kawan Aiman,” terang Aiman lalu terus pergi keluar rumah. Mata Aisyah pun mula berair.

“Sudahlah tu Aisyah. Nanti baiklah dia tu,” kata Faridah sambil mengusap bahu anaknya. Aisyah menyapu air matanya dan menggalas bagnya.

“Okey, jomlah,” kata ayahnya. Mereka berdua pun keluar untuk pergi ke Sekolah Berasrama Penuh untuk menghantar Aisyah. Selepas Ridwan mendaftar Aisyah. Dia pulang untuk mendaftar Aiman ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pelabuhan pula.
.......BERSAMBUNG

Sayang Kakak Episod 2

Keesokan harinya, ayah Aiman dan Aisyah, Ridwan datang ke sekolah. Sebaik sahaja dia sampai di Sekolah Kebangsaan Balok, Ridwan pergi ke kelas Aisyah dahulu. Aisyah berada di kelas 6 Jupiter. Jupiter ialah kelas pertama diikuti dengan Mars, Neptune, Pluto dan Uranus. Aiman berada di kelas 6 Neptune, kelas ketiga di sekolah itu.

“Oh, encik ayah kepada Aisyah kan?” tanya cikgu kelas 6 Jupiter kepada ayah Aisyah. Keadaan di kelas itu sungguh teratur. Susunan meja dan kerusi sungguh kemas sekali. Pelajar di kelas itu pun sungguh rajin membaca buku untuk persiapan UPSR yang akan bermula tidak lama lagi iaitu pada 3 September 2005.

Sesudah habis Ridwan berbual dengan cikgu kelas, dia pun ke kelas Aiman. Aisyah yang sedang membaca buku sebenarnya tidak boleh menumpukan perhatian terhadap apa yang dia baca kerana dia memikirkan keadaan Aiman. Sebaik sahaja Ridwan sampai di kelas Aiman, dia pun masuk ke dalam kelas itu. Keadaan di kelas Aiman sungguh berbeza dengan kelas Aisyah. Keadaan meja yang bengkang-bengkok, kertas bersepah di atas lantai, dan hanya terdapat segelintir pelajar sahaja yang membaca buku. Itu pun sambil bersembang.
.
Sesudah habis, wajah Ridwan menjadi keruh lalu memandang anaknya dengan perasaan yang marah.

********************************************************************************

Pada petang itu, ayahnya yang baru pulang dari kerja masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang marah.

“Aiman!” jerit ayahnya. Aisyah dan emaknya, Faridah pun turut keluar dari bilik. Ridwan, mencabut tali pinggang dari seluarnya dan menggengam tali pinggang itu dengan sekuat hati. Faridah dengan perasaan risau, mendekati suaminya.

“Ehm, abang nak buat apa dengan Aiman?” tanya Faridah sambil memegang bahu suaminya. Aisyah yang mengintai dari dalam biliknya pun sudah mengesyaki sesuatu. Ridwan pun membuka pintu bilik Aiman sekuat hati dan masuk ke dalam bilik lalu pergi ke arah anaknya yang sedang tidur. Dia pun menarik tangan Aiman sehingga Aiman jatuh di atas lantai dan terjaga daripada tidur. Dia menarik tangan Aiman dengan menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya menggangam tali pinggang. Faridah dan Aisyah pun memasuki bilik Aiman untuk melihat apa yang Ridwan ingin lakukan.

“Apa Aiman buat kat sekolah ha?” tanya Ridwan sekuat hati. Aiman pun membuka matanya lalu duduk di atas lantai.

“Belajar,” jawab Aiman dengan ragu-ragu sambil menyapu matanya.

“Dahlah menjawab. Tipu pula tu,” kata Ridwan. Dia pun mengangkat tali pinggang yang dipegangnya itu lalu melibas badan anaknya. Aisyah pun menutup matanya, Faridah pun pergi mendekati Ridwan lalu memegang tali pinggang yang dipegang oleh suaminya.

“Abang, sabar bang,” kata Faridah sambil mengusap belakang badan suaminya.

“Itu lah awak. Manjakan sangat anak kita ni!” kata Ridwan sambil melihat Aiman.

“Kenapa? Apa yang dia sudah buat?” tanya Faridah sambil mengambil tali pinggang daripada suaminya.

“Anak awak ni. Ponteng sekolah. Buli budak,” kata Ridwan. Dia pun merenung tajam ke arah mata Aiman lalu beredar dari bilik itu. Aisyah pun pergi ke arah Aiman.

“Sakit ke?”
.......BERSAMBUNG

Friday, December 19, 2008

Sayang Kakak Episod 1

Pada suatu malam, hujan rintik-rintik, kedengaran bunyi kipas berpusing perlahan di bilik Aiman. Di bilik itu, keadaan bilik yang sungguh tidak kemas, baju yang tidak dilipat, dan tampalan poster-poster pemain bola ternama yang ditampal oleh Aiman di dinding. Aiman, 12 tahun, yang sedang baring di atas katil sambil termenung ke arah syiling langsung tidak membaca buku untuk persediaan ‘Ujian Penilaian Sekolah Randah’.

“Tuk tuk tuk,” bunyi pintu bilik Aiman yang terbuka diketuk oleh kakak kembarnya. Aisyah, masuk terus ke dalam bilik Aiman dan berdiri di hadapan Aiman sambil berpeluk tubuh.

“Aiman, esokkan hari laporan. Aiman tak risau ke?” tanya Aisyah perlahan kemudian duduk di atas katil bersebelahan dengan kepala Aiman. Aiman pun bangun dan duduk di sebelah kakak kembarnya.

“Habis?” tanya Aiman sambil memandang kakaknya.

“Aiman kan selalu ponteng sekolah, buli pelajar junior. Jadi, mungkin nanti cikgu report kat ayah besok,” terang Aisyah perlahan sambil merenung kedua-dua anak mata Aiman.

“Eh, mana akak tahu semua ni?” tanya Aiman.

“Alah, ni Aisyah lah. Ehm, cepatlah. Macam mana?” tanya Aisyah kerisauan.

“Kenapa akak pula yang risau ni. Alah, apa nak risau. Aiman tahulah apa nak buat,” kata Aiman kemudian sambung baring semula di atas katil.

“Hei, nanti macam mana kalau ayah dapat tahu?” tanya Aisyah.

“Alah, akak janganlah risau. Akak risaulah pasal akak tu. UPSR sudah dekat ni.”

.......BERSAMBUNG

Tuesday, October 28, 2008

Magic Whiteboard Duster

Video ini mengisahkan seorang pakar silap mata menghilangkan tulisan di papan putih dengan tanpa menggunakan pemadam papan putih.
Amaran: Sesiapa ada hard-attack, jangan tonton video ini

Magic Staircase

Video ni mengisahkan tentang tangga. Tangga pelik yang sangat pelik.
Amaran: Pastikan ada doktor pakar sakit jiwa di sebelah anda sewaktu anda menonton video ini.

Monday, October 27, 2008

Magic Nightmare

Video ni dirakam waktu aku form 2 kat kelas 2AK. Yang tengah duduk tu Burhan. Ni video yang sangat pelik. Macammana burhan boleh hilang? Tak Pelik tapi Tak Benar... Saksikan
Amaran: Jumpa doktor sebaik sahaja anda menonton video ini

Magic White Board

Video ni dirakam di tusyen. Dua orang sarkas wat magic kat papan putih.
Amaran: Sediakan batu nisan sebelum anda menonton video ini

Sunday, October 26, 2008

Go To Hogwart

Ni lagi pelik sangat-sangat. Aku gi Hogwart. Satu tips nak gi Hogwart. Kita kena lari laju-laju dan terus langgar dinding. Lagi satu, kita kena yakin... Cubalah try
Amaran: Sediakan kain kafan sebelum anda ingin melakukannya

Motor Hilang

Video ni lagi pelik. Motor boleh hilang. Video ni dirakam di Pantai Balok.
Amaran: Kalau ada pesakit lemah jantung, harap jangan tonton video ini.